MUQADDIMAH
إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنًسْتَعِيْنُهُ وَنًسْتَغْفِرُهْ وَنًعُوذً ِبِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
Segala puji bagi Allah SWT yang telah menjadikan mimpi sebagai bentuk perhubunganNya kepada para hambaNya sebagai baki terakhir khabar nubuwwah.
Shalawat dan salam semoga selalu tercurah kepada penutup para Nabi baginda Nabi Muhammad s.a.w yang telah membacakan kepada kita ayat-ayat-Nya, menyucikan kita dan mengajarkan kita Kitab dan Hikmah.
Mimpi sememangnya mempunyai kepentingan tertentu di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Di dalam Al-Quran ada 7 tempat yang membahaskan tentang mimpi, dan 4 tempat dari itu ada di dalam surah Yusuf.
Maklum oleh umat Islam, surah Yusuf dicatat sebagai sebaik-baik cerita, dan di dalamnya mempunyai fokus tentang mimpi, sehingga sebahagian ahli tafsir menyebutkan Surah Yusuf sebagai surah mimpi.
Sedikit ibrah dan pelajaran yang dapat diambil dari satu kisah di dalam surah Yusuf adalah, walaupun kepada raja dan rakyat yang tidak beriman kepadaNya, Allah memberikan kepada raja itu sebuah mimpi sebagai petunjuk agar kerajaan itu terselamat dari kedahsyatan kemarau yang berpotensi membunuh rakyat di bawah kerajaannya.
Allah juga mendatangkan NabiNya yang telah diajarkan ilmu takwil mimpi dan pengurusan pembendaharaan untuk menguruskan persiapan rakyat itu menghadapi kemarau yang mencengkam.
Maka apatah lagi kompilasi kedahsyatan pelbagai fitnah dan huru hara akhir zaman yang akan dihadapi umat terakhir. Maka telah wujud hadith Rasulullah s.a.w tentang kedudukan mimpi di akhir zaman sebagai tanda rahmat dan kasih sayang dari Allah untuk umat terakhir.
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اقْتَرَبَ الزَّمَانُ لَمْ تَكَدْ تَكْذِبُ رُؤْيَا الْمُؤْمِنِ وَرُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنْ النُّبُوَّةِ وَمَا كَانَ مِنْ النُّبُوَّةِ فَإِنَّهُ لَا يَكْذِبُ
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika zaman semakin mendekat, mimpi seorang mukmin nyaris tidak bohong, dan mimpi seorang mukmin adalah satu bagian dari empat puluh enam bahagian kenabian, dan apa yang berasal dari kenabian tentu tidaklah bohong." (Sahih Bukhari 6499)
Di dalam As-Sunnah juga banyak mencatatkan tentang mimpi dan kedudukannya di dalam Islam. Sebagai contoh, penetapan syariat azan, rahsia Lailatul Qadar, bahkan sebagai cara pertama Allah berhubung dengan baginda s.a.w sebelum baginda dilantik menjadi Nabi dan Rasul.
Allah SWT berfirman :
لَهُمُ الْبُشْرٰى فِى الْحَيٰوةِ الدُّنْيَا وَفِى الْاٰخِرَةِۗ
Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. (Yunus : 64)
Surah Yunus ayat 64 ini telah tafsirkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Dari Abu Darda’, Rasulullah Saw bersabda :
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بُشْرَاهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ يَرَاهَا الْمُسْلِمُ أَوْ تُرَى لَهُ وَبُشْرَاهُمْ فِي الْآخِرَةِ الْجَنَّةُ
"Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan dunia, yaitu mimpi benarnya seorang muslim atau yang dimimpikan oleh seorang Muslim, sedangkan kabar gembira di kehidupan akhirat adalah syurga [Musnad Ahmad : 26250]
Dalam Shahih Muslim, "Rasulullah صلى الله عليه وسلم membuka tirai penutup, dan manusia pada waktu itu bersaf-saf dibelakang Abu Bakar r.a maka baginda s.a.w bersabda, 'Wahai manusia, tidak tersisa dari khabar kenabian kecuali mimpi yang baik yang dilihat oleh seorang muslim atau diperlihatkan kepadanya.”
Di dalam Sunan An-Nasai dan sunan Ibn Majah "Rasulullah صلى الله عليه وسلم satu ketika menyingkap tirai penutup dan kepalanya dibalut dengan kain kerana sakit - yang kerana itu menyebabkan baginda meninggal dunia- lalu Baginda bersabda: 'Ya ALLAH, telah kusampaikan (Beliau mengulanginya 3x), sesungguhnya tidak tersisa lagi khabar kenabian kecuali mimpi yang benar, yakni mimpi yang dilihat SEORANG muslim atau diperlihatkan kepada seorang hamba.''
Ubadah bin Shamith RA berkata :
”Mimpi seorang mukmin adalah sebuah kalam (pembicaraan) yang Allah berbicara dengan hambaNya ketika tidur.”
[Madarij Al Salikin, 1/51]
Maka kerana itu seorang muslim tidak boleh menutup mata dan telinganya ketika sampai kepadanya tentang seorang muslim sunni yang mengaku telah bermimpi ratusan kali berbicara dengan Allah SWT di balik hijab dan berbicara dengan Nabi Muhammad s.a.w di dalam mimpi-mimpinya.
Ya. Pada tahun 2014 telah muncul seorang muslim sunni dari Pakistan bernama Muhammad Qasim bin Abdul Karim yang mengaku telah ratusan kali berbicara dengan Allah SWT dan Nabi Muhammad s.a.w di dalam mimpinya dan diperintahkan untuk menyebarkan mimpinya ke seluruh dunia.
Banyak orang menuduh Muhammad Qasim gila dan tidak mempedulikan apapun yang ia katakan. Ada pula orang yang menuduhnya berdusta tanpa terlebih dahulu meneliti dan memeriksa kebenarannya.
PARA ULAMA' BERPENDAPAT BOLEHNYA BERLAKU SESEORANG BERMIMPI BERTEMU ALLAH SWT
-----------------------------
Para ulama' bersepakat bahawa bolehnya berlaku kepada seseorang bermimpi bertemu Allah SWT sebagaimana dinukilkan, contohnya Al-Hafiz Ibn Hajar telah menyebutkan di dalam (kitabnya) Fathul Bari, dari Al-Qadi 'Iyadh, bahawa beliau berkata: Tidak berselisih para ulama' pada bolehnya melihat Allah di dalam tidur (mimpi).
Dan An-Nawawi telah menyebutkan di dalam Syarh Sahih Muslim, dari Al-Qadi, bahawa beliau berkata, para ulama' bersepakat pada bolehnya melihat Allah di dalam mimpi dan kesahihannya. Tamat maksud dari kalamnya.
Dan Al-Baghawi telah menyebutkan di dalam kitabnya Syarhus Sunnah, dari Al-Imam - iaitu Syeikhnya Al-Qadi Husain Muhammad bin Ahmad Abu Ali Al-Marwardzi, seorang Syeikh dalam mazhab Syafii di zamannya, bahawa beliau berkata: Melihat Allah di dalam mimpi itu boleh (berlaku).
Jika seseorang melihatnya maka (takwilnya) dijanjikan baginya syurga, atau keampunan, atau keselamatan dari neraka. Dan perkataanNya haq, dan janjiNya benar.
Dan jika seseorang itu melihat Allah sedang memandang kepadanya, maka (takwilnya) adalah rahmatNya, jika dia melihat Allah berpaling darinya, maka (takwilnya) peringatan dari perlakuan dosa2, berdasarkan firman Allah taala: {Mereka itu tidak ada bahagian untuk mereka di akhirat, dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka dan tidak akan memandang kepada mereka} [Ali Imran: 77]
(lihat Kitab Ar-Ru'ya oleh Syeikh Hamud At-Tuwaijiri)
ALAMAT MIMPI BENAR DARI ALLAH.
--------------------------------
Mimpi-mimpi benar dari Allah itu dapat dikenali melalui beberapa tanda atau alamat seperti yang dijelaskan oleh para ulama’.
1. Bentuk berita gembira (dan peringatan). Berdasarkan hadith:
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَبْقَ مِنْ النُّبُوَّةِ إِلَّا الْمُبَشِّرَاتُ قَالُوا وَمَا الْمُبَشِّرَاتُ قَالَ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kenabian tidak ada lagi selain berita gembira, " para sahabat bertanya; 'apa maksud kabar gembira? ' Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menjawab; "mimpi yang baik. (Sahih Bukhari 6475).
2. Orang yang bermimpi merasa gembira dan bahagia ketika bermimpi dan setelah bangun dari mimpi.
Berdasarkan hadith Nabi s.a.w, dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a meriwayatkan bahwa dia mendengar Rasulullah shallallahu wa'alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ الرُّؤْيَا يُحِبُّهَا فَإِنَّمَا هِيَ مِنْ اللَّهِ فَلْيَحْمَدْ اللَّهَ عَلَيْهَا وَلْيُحَدِّثْ بِمَا رَأَى
"Apabila salah seorang diantara kalian melihat mimpi yang menggembirakannya maka itu berasal dari Allah, maka hendaklah ia memuji Allah karenanya dan menceritakan apa yang ia lihat”. (Shahih Bukhari 6523)
3. Wujud perintah kepada yang ma’ruf dan larangan daripada kemungkaran. Juga galakan kepada melakukan ketaatan atau amaran dari melakukan maksiat. Perkara ini mestilah tidak bertentangan dengan syariat dan bukanlah perkara yang baru.
Ibnul Qayyim rahimahullahu berkata:
"Dan mimpi para Nabi adalah wahyu, karena mimpi mereka terjaga dari syetan; dan ini sudah menjadi kesepakatan umat (Islam); oleh karena itu Al-Khalil (Nabi Ibrahim 'alaihissalaam) mahu menyembelih putranya Ismail 'alaihissalaam hanya karena mimpi. Adapun mimpi selain mereka maka harus diselarikan dengan wahyu yang jelas; jika selari (maka diterima), jika tidak maka tidak boleh diamalkan"
(Madaarijussalikin 1/51)
4. Sesuai dan dapat dita’bir dengan kaedah mimpi. Jika mimpi tersebut tidak sesuai dan bertentangan dengan kaedah ta’bir mimpi, maka menjadi tanda bahawa ia bukanlah mimpi benar dari Allah.
5. Kejujuran orang yang bermimpi. Berdasarkan hadith Nabi s.a.w:.
وَأَصْدَقُكُمْ رُؤْيَا أَصْدَقُكُمْ حَدِيثًا
Ertinya: Sebenar-benar mimpi adalah dari sejujur-jujur perkataan. (HR Muslim)
Maka dilihat dari watak yang bermimpi. Jika ia dikenali masyarakat dan lingkungannya sebagai seorang yang benar dan jujur, maka mimpi-mimpinya juga cenderung benar dari Allah SWT.
6. Mendekatnya akhir zaman. Berdasarkan hadith:
Dari abu Hurairah Radhiyallahu, Rasulullah Saw bersabda :
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اقْتَرَبَ الزَّمَانُ لَمْ تَكَدْ تَكْذِبُ رُؤْيَا الْمُؤْمِنِ وَرُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنْ النُّبُوَّةِ وَمَا كَانَ مِنْ النُّبُوَّةِ فَإِنَّهُ لَا يَكْذِبُ
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika zaman semakin mendekat, mimpi seorang mukmin nyaris tidak bohong, dan mimpi seorang mukmin adalah satu bagian dari empat puluh enam bahagian kenabian, dan apa yang berasal dari kenabian tentu tidaklah bohong." (Sahih Bukhari 6499)
Al-Hafizh Ibnu Hajar meriwayatkan dari Ibn Abi Jamrah rah. :
Pada akhir zaman mimpi seorang mukmin hampir-hampir tidak mengandungi kebohongan ertinya mimpi itu memiliki sifat dan makna yang jelas. Sehingga, tidak memerlukan penakwilan yang diliputi kebohongan. Bahkan, mimpi itu benar-benar menjadi kenyatan. Berbeda dengan mimpi orang lain yang memerlukan penakwilan. Sehingga mimpi itu perlu ditafsirkan oleh seorang pentakwil mimpi. Tetapi, hasilnya tidak sesuai dengan realiti yang ada.
Pada akhir zaman, kebenaran mimpi seorang Mukmin ini mengandungi hikmah, kerana pada ketika itu setiap orang beriman akan terasing di tengah-tengah masyarakatnya. Perkara ini sesuai dengan sabda Rasulullah SAW yang mengatakan, "Islam muncul dari keterasingan dan nanti akan kembali kepada keterasingan." Pada saat itu, pendamping dan penolong seorang mukmin akan semakin berkurang. Namun, Allah SWT akan memuliakan dengan mimpi baik yang dapat memberinya khabar gembira dan meneguhkannya di jalan kebenaran.
Ibn Bathtal berkata: “Dalam pengertian hadith ini, jika kiamat semakin hampir dan kebanyakan ilmu telah diangkat, dan ciri-ciri agama dipelajari dalama keadaan huru hara dan fitnah, maka manusia memerlukan seorang pemberi peringatan dan pembaharu agama tentang apa yang dipelajari di dalam agama, sebagaimana umat-umat terdahulu telah diingatkan kepada nabi-nabi, tetapi kerana Nabi kita adalah penutup nabi-nabi, maka tidak ada Nabi lagi selepasnya. Manakala zaman fitnah itu menyerupai zaman fatrah, maka digantikanlah untuk mereka dari apa yang mereka terhalang (mempelajarinya) dengan mimpi yang benar yang merupakan juzuk dari khabar kenabian yang berisi berita gembira dan peringatan."
Ibn Hajar juga menyebutkan bahawa sebahagian berpendapat bahawa ia akan berlaku di zaman Al-Mahdi, ketika ditebarkan keadilan dan rasa keamanan, juga ditebarkan kebaikan dan rezeki.
[Lihat Fathul Bari, Kitab Ta’bir]
7. Mimpi yang berulang dari orang yang sama atau orang lain.
Berdasarkan hadith riwayat al-Bukhari tentang LailatulQadar.
Di mana beberapa sahabat bermimpi bahawa Lailatulqadar berlaku pada 7 malam terakhir dan beberapa sahabat lain bermimpi bahawa Lailatulqadar berlaku pada 10 malam terakhir.
Maka berdasarkan mimpi-mimpi ini Nabi mengambil 10 malam terakhir sebagai merangkumi kesemua mimpi mereka.
Bahkan al-Bukhari meletakkan tajuk التواطؤ على الرؤية. Mengisyaratkan keserupaan dalam mimpi adalah penguat kepada kebenaran mimpi.
Al-Hafiz Ibnu Hajar rah. juga dalam mensyarahkan hadith ini mengatakan, "diambil faidah dari hadith ini, bahawa keserupaan (mimpi) dari jamaah (sekumpulan manusia) pada mimpi yang sama, menjadi petunjuk akan kebenaran dan kesahihannya, sepertimana diambil faidah dari kekuatan khabar yang diambil dari jamaah pada sesuatu khabar". (Lihat Fathul Bari, Kitab Ta'bir).
8. Mimpi terlihat jelas. Berdasarkan hadith:
عن عائشة قالت: "أول ما بدىء بِهِ رَسُوْلُ اللهِ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- مِنَ الوَحي الرُّؤْيَا الصَّادِقَةُ فِي النَّوْمِ، فَكَانَ لَا يَرَى رُؤْيَا إلَّا جَاءتْ مِثْلَ فَلَقِ الصبح .
Permulaan wahyu yang diterima oleh Rasulullah saw ialah mimpi yang benar di dalam tidur. Setiap kali bermimpi, baginda tidak melihat di dalam mimpi tersebut kecuali bagaikan cahaya yang terang di pagi hari. (HR Bukhari dan Muslim)
Imam An-Nawawi mensyarahkan di dalam Syarh Sahih Muslim, "Berkata ahli lughah, bahawa cahaya terang di pagi hari menunjukkan terangnya cahayanya, dan sesungguhnya hanya dikatakan ini, pada sesuatu yang terang dan jelas".
9. Mimpi itu berkesinambungan.
10. Orang yang bermimpi tidak lupa dan mengingati apa yang dilihatnya, dan mampu menceritakannya dari awal sehingga habis, termasuk perincian perkara-perkara di dalam mimpinya.
11. Mimpi itu biasanya pendek dan berkisar tentang satu tajuk.
-------------
(Lihat penjelasan secara visual:
علامات الرؤيا الصادقة ودليل كل علامة
https://youtu.be/GzSiLf54yt8
دورة تنبيه الانام في تعبير الرؤى والاحلام لفضيلة الشيخ ثامر العامر
https://youtu.be/YEsVPP94lYQ )
Comments
Post a Comment